Thursday, November 4, 2010

Apa itu Cocoa Collagen Power plus

* Apa yang dimaksudkan kembalikan keremajaan tu ya?? Urmmm... Sebagai seorang wanita yang bertambah usia... saya tidak mengharap jadi seperti remaja berumur 15tahun... 17tahun... akeke...
Pastinya jika dapat jaga kulit, jaga badan dan kesihatan secukupnya Alhamdulillah... Jika muka nampak macam 17thn tu mai kita kongsi yea....

Cocoa collagen merupakan produk baru terdiri daripada koko pracampuran diadun daripada kopi Arabika Brasil dan sebuk koko yang bermutu tinggi. Diperkaya dengan Marine Collagen untuk kecantikan dalaman dan Ekstrak Lobata serta Kacip Fatimah yang telah lama digunakan secara tradisi untuk kesihatan dalaman wanita.

Kandungan cocoa collagen power plus:
  • Marine Collagen : Mampu mengimbangi hormon, mencantikkan kulit, menghaluskan kulit dan menggebukan kulit.
  • Kacip Fatimah : Mampu merapatkan otot-otot rahim dan faraj wanita.
  • Lobata: Mampu menambahkan tenaga, merapikan payudara dan punggung.
  • Krimer:  Makanan kesihatan
  • Dextrose monohydrate : Melambatkan proses penuaan
  • Oligo Saccharide : Menyahkan toksid 
Kebaikan dan Khasiat
  • membantu mengimbangi hormon
  • merangsang pertumbuhan sel baru / anti kedut
  • mencantik, menghalus dan menggebukan kulit
  • memontok dan menegangkan payudara serta punggung
  • melambatkan proses penuaan
  • merapatkan vagina
  • mencantikkan kembali tumit kaki yang pecah
  • mencerahkan kulit secara semulajadi
  • memberikan tenaga
  • membantu mengurangkan keguguran rambut
  • melancarkan peredaran darah dalam badan
  • mengimbangi berat badan
  • meningkatkan daya penghadaman / melawaskan pembuangan air besar
  • menggurangkan sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot
Siapa yang sepatutnya mengambil CCPP??
  1. Semua wanita berumur 20tahun ke atas boleh mengamalkan CCPP
  2. Ibu-ibu lepas bersalin amat digalakkan bagi mempercepatkan proses penyembuhan dalaman.
  3. AWAS bagi wanita MEGANDUNG dan kaum LELAKI adalah DILARANG mengambil CCPP.

Cara Pengambilan
  1. CCPP hendaklah dibancuh dengan air panas / air suam bagi melarutkan serbuk dengan baik
  2. hendaklah diminum setengah jam sebelum sarapan pagi atau setengah jam sebelum makan malam (seelok-eloknya makan malam pada jam 6.30 petang)
  3. boleh jika mahu minum 2 kali sehari, tetapi pengambilan satu sechet sehari sudah memadai untuk merasai perbezaannya.
Maklumbalas Pelanggan Selepas Mencuba CCPP
Minggu satu:
Badan lebih bertenaga dan cergas, kulit muka yang kering menjadi lembab dan pengecutan jerawat, tumit kaki yang pecah kembali pulih, boleh rasa denyutan pada payudara dan susu badan bertambah bagi yang menyusukan anak.

Minggu dua:
Kulit muka menjadi kemerahan dan berseri, payudara lebih tegang dan terletak, susuk tubuh lebih kemas dan tidak mengelebeh.

Minggu tiga:
Berat badan berkurangan (bagi pengguna yang gemuk air), wajah kelihatan lebih muda dan kulit lebih anjal dan faraj lebih rapat.

* kesan yang diterima adalah berbeza mengikut individu.

Kuantiti : 30 sachet (stok satu bulan)
               (25g x 10 sachet x 3kotak)

Harga: RM59.00 (semenanjung) + RM5 (pos)
           Sabah & sarawak + RM 10.00 (pos)

Cocoa Collagen Power Plus

Assalamualaikum,

Sebelum saya bercerita tentang cocoa collagen, saya lebih berminat untuk berkongsi 'kenapa saya nak jual cocoa collagen'.

Saya seorang yang sangat suka tentang hal-hal penjagaan kulit kerana kulit saya berjerawat sewaktu zaman sekolah, sekarang masih ada parut. Tambah lagi usia bertambah, dan sudah dua kali bersalin.... bertambahlah masalah kulit dan bentuk badan saya.  Sebelum ni saya pernah ambil kolegen dari beberapa jenama dan placenta capsule. Ternyata kolegen mampu memberi seri pada kulit dan beberapa faedah lain.Tapi, sejak saya terbaca apa itu kolegen dan testimoni (sila klik sini), saya sangat teruja  untuk mencubanya. Tambah lagi bila baca tang testimoni post tersebut.... HuWaaaaaaa..... sape tak nak cantik....

wokeh mai kongsi sama-sama.



PROMOSI!!!!

RM 56.00 satu set
(3kotak x 10pkt)

nak beli sekotak ja? buleh.....
RM19.00
(1kotak x 10pkt)

HARGA BIASA
RM59.00 satu set
RM20.00 1 kotak

KOS POS :
Semenanjung + RM5.00
SAbah dan Sarawak + RM8.00

Wednesday, November 3, 2010

Bunga Dari Kedai

Kawan-kawan dan juga kenalan terdekat yang sedia maklum wujudnya kedai bunga saya tentu sudah sebal dengan kegilaan 'saya dan bunga'. Sejak saya berpindah dan kedai juga tidak mampu diusahakan, banyak bunga-bunga didalamnya menjadi sepi, serinya dalam suram. Kesiannn.... Kasih saya pada bunga-bunga tersebut tak lari mana, masih ada didalam hati. Banyak juga antaranya yang saya bawa balik kerumah dan digubah.. Dan banyak juga yang sudah ber-tuan menyerikan ruang-ruang yang dikasihi tuan masing-masing.


Perancangan saya adalah untuk memenuhkan kedai dengan barang-barang perhiasan rumah seperti almari gantung, lampu kecil, pasu, cermin, dan berbagai lagi barang perhiasan rumah termasuk pinggan mangkuk.. Tentunya lari dari tema asal kedai saya iaitu perkahwinan yang memerlukan belaian yang lebih rapi untuk membuat gubahan dan sebagainya. Namun saya masih mahu mengekalkan gubahan bunga didalam kedai tersebut.

Untuk informasi, saya sekarang aktif mengubah bunga dirumah memenuhi permintaan pelanggan setia. Alhamdulillah cukup untuk mewarnai hari-hari saya dirumah. Ada sedikit gambar yang saya boleh muatkan disini untuk tatapan sekalian.... Ada banyak yang sudah terlepas tidak bergambar... dijemput menjamu mata...



RM 25.00
Sold
(jika berminat boleh hubungi saya)


RM24.00 (bunga sahaja) pasu milik pelanggan - sold.
Jika anda punya pasu untuk saya gubahkan : sila hubungi saya~




Owhh... saya sangat sukakan yang ini...
 lebih cantik jika dapat dilekatkan didinding... sebelah cermin ka...
RM 44.00


Yang ini bukan untuk dijual, namun.. jika anda berminat sila hubungi saya
RM 65.00

 

Hiasan dirumah saya. Jika berminat
RM 40.00



lagi, hiasan dirumah
RM56.00 (sepasang)


Perhatian: Saya akan sediakan gubahan baru untuk mana-mana gubahan diatas yang bukan untuk dijual sekiranya anda berminat.

Sekian