Sunday, April 22, 2012

Kecewa dengan sistem 'smart herb'

salam semua,
lama sungguh tidak update blog ni...
bukan bermakna tidak aktif lagi, masih menjual secara online macam biasa, cuma kurang update blog ini.

Disini saya ingin maklumkan kepada peminat 'smart herb', saya rasa kecewa sungguh dengan penukaran sistem yang dibuat oleh smart herb, sistem lama rasanya lebih menguntungkan saya sebagai pengedar dan juga pembeli. Ini adalah kerana rata-rata pembeli saya dapat memberi tawaran dengan harga ahli. Berbanding dengan sistem sekarang, saya sendiri perlu membeli dengan harga ahli dan tidak ada lagi harga untuk pengedar... Rasanya pelaburan saya untuk menikmati harga pengedar sia-sia sahaja kerana saya sendiri tidak pernah menerima ganjaran yang dijanjikan atas belian saya.

Benar-benar rasa kecewa kerana produk seperti kacip fatimah kolagen, tongkat ali tu ramai peminatnya..

No comments:

Post a Comment