Wednesday, November 3, 2010

Bunga Dari Kedai

Kawan-kawan dan juga kenalan terdekat yang sedia maklum wujudnya kedai bunga saya tentu sudah sebal dengan kegilaan 'saya dan bunga'. Sejak saya berpindah dan kedai juga tidak mampu diusahakan, banyak bunga-bunga didalamnya menjadi sepi, serinya dalam suram. Kesiannn.... Kasih saya pada bunga-bunga tersebut tak lari mana, masih ada didalam hati. Banyak juga antaranya yang saya bawa balik kerumah dan digubah.. Dan banyak juga yang sudah ber-tuan menyerikan ruang-ruang yang dikasihi tuan masing-masing.


Perancangan saya adalah untuk memenuhkan kedai dengan barang-barang perhiasan rumah seperti almari gantung, lampu kecil, pasu, cermin, dan berbagai lagi barang perhiasan rumah termasuk pinggan mangkuk.. Tentunya lari dari tema asal kedai saya iaitu perkahwinan yang memerlukan belaian yang lebih rapi untuk membuat gubahan dan sebagainya. Namun saya masih mahu mengekalkan gubahan bunga didalam kedai tersebut.

Untuk informasi, saya sekarang aktif mengubah bunga dirumah memenuhi permintaan pelanggan setia. Alhamdulillah cukup untuk mewarnai hari-hari saya dirumah. Ada sedikit gambar yang saya boleh muatkan disini untuk tatapan sekalian.... Ada banyak yang sudah terlepas tidak bergambar... dijemput menjamu mata...



RM 25.00
Sold
(jika berminat boleh hubungi saya)


RM24.00 (bunga sahaja) pasu milik pelanggan - sold.
Jika anda punya pasu untuk saya gubahkan : sila hubungi saya~




Owhh... saya sangat sukakan yang ini...
 lebih cantik jika dapat dilekatkan didinding... sebelah cermin ka...
RM 44.00


Yang ini bukan untuk dijual, namun.. jika anda berminat sila hubungi saya
RM 65.00

 

Hiasan dirumah saya. Jika berminat
RM 40.00



lagi, hiasan dirumah
RM56.00 (sepasang)


Perhatian: Saya akan sediakan gubahan baru untuk mana-mana gubahan diatas yang bukan untuk dijual sekiranya anda berminat.

Sekian

No comments:

Post a Comment